PEMBEKAL MAKANAN TERNAKAN

Arkaymaya (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan dalam tahun 2010. Urus niaga utama syarikat ini adalah pengusahaan ladang pertanian serta peruncitan produk produk makanan organik ternakan ruminan. Setelah lebih sedekad menilai dan mengkaji, kami di Arkaymaya amat sedar tentang keperluan tambahan serta jaminan makanan (food security) dan nilai ekonomi sektor-makanan-agro (agro-food-sector).
Kami sedar, kepentingan kesihatan binatang ternakan para petani dan penternak. Dari pengalaman kami, permakanan generic ruminan sedia ada kurang memberi perhatian dalam mengutamakan permakanan yang sihat. Tiada fokus terhadap permakanan yang sihat tentunya akan mengurangkan nilai hasil penjualan ternakan selain mengundang musibah penyakit dan kematian ternakan peliharaan.
Dengan berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ternakan haiwan ruminan serta industri pertanian, syarikat kami mahu menjadi pemain utama serta menggorak langkah perintis dalam pengeluaran hasil makanan ternakan yang kos efektif dalam negara – melalui kaedah pengurusan, amalan serta pendekatan saintifik dan teknologi pertanian yang tinggi melalui IOT.
Anda bela apa pun, kami sediakan makananya.

Visi, Misi & Objektif
Visi
Selaras dengan agenda World Economic Forum (WEF) di bawah Agriculture, Food and Beverage, syarikat kami berazam untuk menyokong industri ternakan negara dari aspek pemakanan.
Misi
- Untuk menjadi pembekal utama hasil produk tuaian napier dan rakan perniagaan yang dipercayai.
- Untuk memupuk golongan elit profesional, progresif dan berkebolehan di dalam industry ternakan makanan.
Objektif
- Menjadi pembekal utama hasil tuaian napier yang dipercayai dan menjadi rakan pertanian pilihan utama.
- Menyediakan khidmat perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang professional
dalam bidang pertanian khususnya dalam tanaman napier secara komersial. - Membimbing dan mewujudkan usahawan angkat melalui program-program strategik yang telah syarikat sediakan.
- Mewujudkan kumpulan yang terlatih dan mahir dalam penggunaan dan pengamalan penanaman.
- Menjamin kualiti pengeluaran hasil dan produk yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Di Arkaymaya, kami menyedari keperluan untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk generasi sekarang dan akan datang. Itulah sebabnya Matlamat Pembangunan Mampan PBB dikodkan dalam matlatmat umum syarikat dan dalam segala yang kami lakukan.








Produk Makanan Ternakan Segar &
Kering Napier
Sama ada anda memerlukan makanan ternakan untuk ruminan, unggas, akuakultur atau ingin memberi makan kepada haiwan anda dengan protein berkualiti tinggi dengan kos mampu kami ada product yang bersesuaian untuk anda.

Keratan
Keratan - panjang 2’ – 4’ Jualan mengikut berat (tan) Sesuai untuk semua ruminan yang lebih besar. Tahan selama seminggu.

Silaj Segar
Dipek dalam beg 25 / 50kg Jualan mengikut berat (tan) / beg (pc) Sesuai untuk semua ruminan kecil, unggas, akuakultur. Tahan selama 3 hari.

Ensiling Silaj
Dipek dalam beg 25 / 50kg Jualan mengikut berat (tan) / beg (pc) Menjalani proses penapaian dan penambahan nutrien. Sesuai untuk semua ruminan kecil, unggas, akuakultur. Tahan lama.

Silaj Kering
Dipek dalam beg 25 / 50kg Jualan mengikut berat (tan) / beg (pc) Menjalani proses pengeringan. Sesuai untuk semua ruminan kecil, unggas, akuakultur. Tahan lama.

Pelet / Bubuk Pengisi
Pelet untuk makanan haiwan atau bubuk pengisi bahan mentah. Protein tinggi 12-18% Dibungkus dalam beg 25 / 50kg Jualan mengikut berat (tan) / beg (pc)

Copyright © 2021. Arkaymaya.